Sunday 29 September 2013

Bubur Nasi dan Sup Bebola Daging

Bismillahirahmanirahim..

Selalunya aku nih memang liat ckit nak masak..tapi sejak akhir-akhir nih aku makin bersemangat dan rajin pulak untuk memasak macam-macam masakan..minat aku untuk mengumpul banyak2 resepi yang ada semakin menjadi-jadi..nak buat suami bertambah sayang, kena ikat perutnya..tue rahsia kasih sayang yang mak aku ajar kat aku..hehe..

Resepi terpilih malam ini adalah....jeng3..Bubur Nasi dan Sup Bebola Daging..mudah sangat untuk sediakan..resepi aku sendiri..adehhh..nak cuba? silakan ya..tak sedap jangan komplen ya uolls..heee..

Sup Bebola Daging

Bahan-bahannya:
Sebungkus besar bebola daging (aku guna jenama keluaran Ramly..sedap! dan yang penting HALAL..)
2 biji bawang merah
1 bungkus kecil sup bunjut adabi
1 biji lobak (dihiris halus)
1 biji kentang(dipotong dadu)
Secubit garam(secukup rasa)

Bubur Nasi

Bahan-bahannya:
1 gelas kecil beras(dimasak terlebih dahulu..asingkan)
1 biji lobak (dipotong dadu)
1 biji kentang(dipotong dadu)
Bunga Cengkih dan Kayu manis
Secubit garam(ckit jew..jangan letak banyak sangat..sebab nanti akan dicampur dengan sup bebola daging)

* Notes: Amaran keras daripada chef Aishah, jika taknak makan sekali dengan sup bebola daging..sila tambah garam ke dalam bubur nasi..ikut suka anda ya..tq..hoho--->saje jew nih..bikin kontroversi gitu lorhh..

 Okay uolls..nih aku nak bagi Cara Membuatnya, mudah sahaja..kos pon jimat dan murah..

1. Mula-mula masukkan dahulu minyak masak, kemudian bunga cengkih dan kayu manis. 
2. Apabila sudah naik bau yang wangi, masukkan air.
3. Kemudian masukkan hirisan kentang dan lobak. (lobak dan kentang dipotong dadu).
4. Biarkan sehingga air mendidih.

Kemudian masukkan nasi yang dimasak asing tadi ke dalam bahan yang pertama..biarkan sehingga mendidih dan lembut(hancur sedikit..persis bubur nasi)..memang ko namakan dia bubur nasi che ecah oiii..ngeh3..

Haa...yang nih pulak Sup Bebola Daging
1. Masukkan minyak ke dalam kuali.
2. Kemudian masukkan bawang merah dan hirisan kentang juga lobak yang dipotong nipis.
3. Akhir sekali masukkan bebola daging dan garam secubit rasa.

Hasilnya..tadaaaa~~sedapppp!!! sesuai untuk aku yang tengah demam nih..hukhuk..

Naaa..Jangan lupa untuk mencubanya di rumah ya!

Erkkk..apa kaitannya botol air aku nih??..hehe..saje jew nak masukkan sekali..daaa~!


Terima Kasih baca entry kali nih ya.. ^^





No comments:

Post a Comment