Sunday 29 September 2013

Bubur Nasi dan Sup Bebola Daging

Bismillahirahmanirahim..

Selalunya aku nih memang liat ckit nak masak..tapi sejak akhir-akhir nih aku makin bersemangat dan rajin pulak untuk memasak macam-macam masakan..minat aku untuk mengumpul banyak2 resepi yang ada semakin menjadi-jadi..nak buat suami bertambah sayang, kena ikat perutnya..tue rahsia kasih sayang yang mak aku ajar kat aku..hehe..

Resepi terpilih malam ini adalah....jeng3..Bubur Nasi dan Sup Bebola Daging..mudah sangat untuk sediakan..resepi aku sendiri..adehhh..nak cuba? silakan ya..tak sedap jangan komplen ya uolls..heee..

Sup Bebola Daging

Bahan-bahannya:
Sebungkus besar bebola daging (aku guna jenama keluaran Ramly..sedap! dan yang penting HALAL..)
2 biji bawang merah
1 bungkus kecil sup bunjut adabi
1 biji lobak (dihiris halus)
1 biji kentang(dipotong dadu)
Secubit garam(secukup rasa)

Bubur Nasi

Bahan-bahannya:
1 gelas kecil beras(dimasak terlebih dahulu..asingkan)
1 biji lobak (dipotong dadu)
1 biji kentang(dipotong dadu)
Bunga Cengkih dan Kayu manis
Secubit garam(ckit jew..jangan letak banyak sangat..sebab nanti akan dicampur dengan sup bebola daging)

* Notes: Amaran keras daripada chef Aishah, jika taknak makan sekali dengan sup bebola daging..sila tambah garam ke dalam bubur nasi..ikut suka anda ya..tq..hoho--->saje jew nih..bikin kontroversi gitu lorhh..

 Okay uolls..nih aku nak bagi Cara Membuatnya, mudah sahaja..kos pon jimat dan murah..

1. Mula-mula masukkan dahulu minyak masak, kemudian bunga cengkih dan kayu manis. 
2. Apabila sudah naik bau yang wangi, masukkan air.
3. Kemudian masukkan hirisan kentang dan lobak. (lobak dan kentang dipotong dadu).
4. Biarkan sehingga air mendidih.

Kemudian masukkan nasi yang dimasak asing tadi ke dalam bahan yang pertama..biarkan sehingga mendidih dan lembut(hancur sedikit..persis bubur nasi)..memang ko namakan dia bubur nasi che ecah oiii..ngeh3..

Haa...yang nih pulak Sup Bebola Daging
1. Masukkan minyak ke dalam kuali.
2. Kemudian masukkan bawang merah dan hirisan kentang juga lobak yang dipotong nipis.
3. Akhir sekali masukkan bebola daging dan garam secubit rasa.

Hasilnya..tadaaaa~~sedapppp!!! sesuai untuk aku yang tengah demam nih..hukhuk..

Naaa..Jangan lupa untuk mencubanya di rumah ya!

Erkkk..apa kaitannya botol air aku nih??..hehe..saje jew nak masukkan sekali..daaa~!


Terima Kasih baca entry kali nih ya.. ^^





Thursday 19 September 2013

Makanan yang Aku Suka ~

Bismillahirahmanirahim..

Tension dengan kerja yang semakin berlambak itu perkara besa..kalau aku mengeluh pun hari yang memedih itu tetap aku kena lalui juga..Bukan senang untuk menggapai yang terbaik itu..dalam sesetengah perkara memang ini yang kita kena tahan untuk teruskan hidup..so, apa yang perlu kita buat?

Haaa..release tension dengan makan..hoho..aku nih macam mengajar uolls untuk menambahkan berat badan jew kan..hehe..sebenar tidak! ceh, macam tegas sangat gayanya aku nih..heee~

1 hari tue, kawan ajak aku pergi makan kat kedai masakan korean yang tak jauh daripada opis tempat aku kerja-semestinya aku sangat2 suka masakan korean..kimbap antaranya yang palingggg aku suka..

Kimbap yang aku suka - Gambar dari pakcik google..hee~

Aku bakal meninggalkan tempat kerja aku sekarang, jadi persiapan aku untuk belajar buat sendiri kimbap nih..supaya boleh makan jugak nanti walaupun jauh..makanan kesihatan nih...hoho!

Antara yang lain juga ada kat kedai k-pop(aku dan geng2 aku gelarkan kedai k-pop sebab tak tahu nama kedai, lebih mudah dan senang disebut..hehe..jangan marah ya tuan kedai..)..makanan len adalah mandu ramyun..istimewanya ialah sebab 100% halal..jadi jangan takut untuk makan..tuan kedai sendiri yang buat..sedikit sebanyak dia tambah dan tolak daripada resepi yang asal..jadi, walaupun kat malaysia sesiapa yang minat k-pop nih boleh merasa makanan dia kat kedai nih..sory ya uolls, aku lupa nak ambik gambar kedai..nanti di len entry ya..hee..

Mandu Ramyun


Fries

Bread with egg and cheese

Semua gambar tue aku ambik menu kengkawan aku..masa diorang tengah makan aku ambik kesempatan untuk ambik gambar, haha..sampai kecoh diorang semua sebab aku ganggu dan merengek2 nak ambik gambar..maaf sahabat..:'(, namun terima kasih daripadaku..sebab tanpa korang aku tak dapat nak ambik gambar dan masukkan dalam blog kesayangan aku yang comey nih..hehe

Walaupun kita suka sangat makan makanan yang kita suka, namun fikirkan jugak kesan baik buruknya makanan tue..sebab takut apa yang kita makan memberi kesan yang tak baik kepada diri kita dan kesihatan kita..hargai nikmat kesihatan yang Allah bagi..

Jumpa lagi di len entry ya..daaa~ 




Thursday 5 September 2013

Bicara Hati Ini

Bismillahirahmanirahim..

Duhai Allah,
Aku mungkin hambaMu yang banyak berbuat dosa,
yang seringkali meluka hati dan jiwaku sendiri

Oh, Allah
Adakah ujianMu ini mehnah dariMu
Yang sering Mendengar rintihan dan tangisku
Yang selalu setia menjadikan esakan tangisku di malam
hari penghapus dosaku...

Ya Allah,
Bagaimana harus aku jalani hidup ini
Bila keadaannya memaksa aku untuk putus asa
Bagaimana ya Allah..?

Aku bertanyakan soalan ini kepadaMu
Berdosakah aku ya Allah?
Aku hanya hamba yang biasa-biasa sahaja
Tidak terlepas dari berbuat dosa
Ya Allah, semoga dengan adanya pengharapan doa
Memberiku semangat untuk terus hidup



Allahumma Aminn..