Saturday, 17 June 2017

Mengandung Lagi Selepas Keguguran

Assalammualaikum..

1st, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan buat semua umat islam seluruh dunia.  Alhamdulillah, diberi kesempatan lagi oleh Allah untuk menunaikan ibadahNya.

Entri kli nih lebih kepada bagaimana terkejutnya aku dengan reeki yang tidak disangka-sangka diberi oleh Allah di bulan yang MULIA ini..Alhamdulillah, betapa Pemurahnya Allah mendengar rintihan hatiku..

04/04/2017 : Complete delivered anak yang disahkan meninggal dalam perut tanpa aku sedari, ya Allah betapa cuainya aku.

14/05/2017 : 1st period after berpantang

16/06/2017 : Dapat result UPT positif. Alhamdulillah, cepat Allah bagi pengganti.

Sungguh semasa aku mengetahui yang aku kehilangan anakku pada 27/03/2017 betapa gelap dunia aku rasa.. setiap malam aku merintih kepada Allah.. memikirkan dimana silapnya aku.. apa yang aku makan yang menyebabkan aku kehilangan anakku.. namun akhirnya aku dapat terima kenyataan yang anak aku memang anak syurga, Allah lebih sayangkan dia.. doktor pun ada beritahu aku, maybe baby memang dah tak kuat untuk hidup, baby memang dah tak sihat.. Allah lebih mengetahuinya.. namun semasa dalam pantang, aku memang berpantang betul-betul sebab aku memang bertekad nak preggy balik cepat-cepat..

Sampai mak aku cakap, aku sangat cekal.. aku tak beritahu mak aku yang aku nak mengandung balik dalam msa terdekat.. aku simpan niat aku nih sorang-sorang jauh dilubuk hatiku.. bersama doa kepada Allah aku minta setiap hari semoga Allah makbulkan doaku.. aku makin rajin buat ibadah, bersedekah, lapangkan dada, yakin yang rezeki Allah tue sentiasa ada.. amennn..

Alhamdulillah, Allah dengar doa aku.. aku bersyukur tiada henti.. bertambah sayang aku kepada Allah.. semakin kuat aku beribadah tanda terima kasihku kepada Allah.. kalau dihitung usia kandunganku 4 minggu lebih.. aku rahsiakn preggy aku kali nih..hanya ahli keluarga dan sahabat terdekat yang mengetahuinya..biarlah masa berbicara sehingga mereka ketahui sendiri..

Kenapa aku cakap dalam blog aku nih? sebab hanya segelintir je sahabatku yang tahu kewujudan blog aku nih.. lagipula, bagi aku blog ini adalah diari hidupku.. 

Tips cepat mengandung balik selepas keguguran (bagi sesiapa yang nak mengandung balik)

1. Semasa berpantang, berpantang betul-betul. Samada soal makanan, cara tidur, rehat secukupnya, berurut & bertuku semua. Bagi badan betul-betul ready & sihat untuk mengandung balik.
2. Kalau saya, saya makan supplemen lengkap berpantang Shaklee + Set lengkap kesuburan.. berdisiplin makan jangan sesekali tinggal. 
3. Doa kepada Allah, jangan berputus asa berdoa. 
4. Jangan sedih-sedih, yakin ape yang Allah rancang itu adalah yang terbaik untuk kita. Bersyukurlah sebab ada dah saham akhirat yang menunggu kita kat syurga, bukan senang tau dapat nikmat tue.

Tue je nak kongsikan, maaf ayat mendatar jew. sebab tak tahu kenapa hati nih terlampau gembira & bersyukur sehingga ayat pun mendatar jew..muka banyak senyum..hihi..

Alhamdulillah...

Monday, 8 May 2017

Erti Kehilangan - Berpantang Keguguran

Assalammualaikum w.b.t

Apa khabar semua??..nih entri aku yang pertama untuk tahun 2017 nih..sudah lama rasanya meninggalkan dunia penulisan blogger nih, setahun berlalu..banyak entri aku yang bersambung2 belum aku lunaskan..nanti ya, insyaAllah aku akan sambung perlahan2..

Entri kali nih adalah sempena memperingati pemergian anak kedua aku pada 27/03/2017 hari tue..macam mana ya nak mulakan..hurmmm..

Hari ini, genap 36 hari aku berpantang sendirian..alhamdulillah, perasaan, emosi & mental aku sudah kembali pulih seperti biasa..kalau pada awal aku mengetahui kehilangan anak aku semasa check up setiap bulan seperti biasa beberapa minggu yang lalu, sangat menguji iman & mental aku..bukan mudah ya tuan puan semua untuk seorang ibu menghadapi kehilangan anak yang dikandung..sebelum ini aku hanya mendengar daripada orang lain, kini aku sendiri yang merasainya..

Namun aku bersyukur, Allah bagi pinjam 5 bulan anak aku dalam kandunganku..sempat aku merasai tendangannya yang pertama..sungguh, aku tidak pernah menyangka bahawa aku akan terpilih dalam kalangan hambaNya untuk menghadapi situasi itu..terima kasih anak mama, sudi singgah dalam RAHIM mama walaupun hanya untuk sementara..terima kasih sayang..

Perasaan ketika menaip entri ini??? sangat sayu..namun aku percaya ada hikmahnya disebalik semua ini..siapalah kita untuk menidakkan, untuk menyalahkan semua ketentuan yang sudah ditentukan olehNya..Allah maha mengetahui disebalik semua ini..mulanya aku tidak dapat terima, menangis siang malam, merintih setiap saat, kalau boleh aku nak duduk di atas tikar sembahyang 24jam..dikala itu, terasa kerdilnya rasa diri ini, betapa Allah tue berkuasa untuk memberi dan kemudian DIA akan mengambil kembali pada bila2 masa tanpa kita jangka pun..Allahu Allah..tabahlah wahai hati..

Syukur suamiku, keluarga banyak memberi semangat dan kekuatan..terima kasih suamiku, sesaatpun tiadak membiarkan aku keseorangan, sentiasa bibirnya menguntum senyuman..teringat aku tatkala mula2 tahu, kami menangis sama2 didalam kereta..suamiku sanggup minta cuti pada hari tersebut kerana kegembiraan kami untuk mengetahui jantina anak kami dipemeriksaan 5 bulan, namun lain pulak yang kami terima..

"Harap puan bersabar banyak2 ya, anak puan takde degupan jantung" kata doktor yang memeriksa perutku diketika itu..

Allahhhh..aku dah tak dengar dah ape yang doktor tue cakap selepas itu, rasa nak pengsan kat situ jugak..segera aku ingat Allah, aku gagahkan diri keluar dari bilik doktor..laju aku berjalan keluar, takungan airmata sudah tidak dapat ditahan..jauh aku meninggalkan suamiku yang terpinga2..

"Anak kita dah tiada abang"aku  menjerit seperti orang gila..

Terkejut suamiku..kami sama2 menangis dalam kereta, dekat setengah jam jugak kami merintih..bibir tak henti2 sebut nama Allah..tabahlah wahai hati2 yang hina, hatiku yang penuh dosa..

Kini, aku mahu kekal positif..tidak mahuku terlalu mengikut pilunya hati..aku kena teruskan hidup..Nabilah anak sulungku kan ada..mungkin Allah nak tegur kami, supaya kembali kepadaNya..dalam kealpaan mengejar dunia, kami leka bahawa semua datangnya daripada Allah..untuk kuatkan hatiku kembali, aku sentiasa mengingatkan diri aku..

1. Sentiasa percaya semua musibah yang Allah berikan, akan ada hikmah disebaliknya..
2. Sentiasa percaya bahawa janin yang pergi itu, memang tak sihat seawal dalam perut..jadi Allah ambil awal daripadaku..alhamdulillah, ada dah darah dagingku di dalam syurga menungguku..tunggu mama,papa & Kakak Nabilah ya sayang..
3. Yakin bahawa Allah akan beri pengganti yang lebih baik..ameenn..

Sekarang tengah tunggu period yang pertama, sebolehnya aku ingin cepat2 mengandung kembali..semoga Allah perkenankan doaku siang dan malam..ibu2 yang pernah mengalami situasi sepertiku, andalah ibu2 yang hebat juga..sayang semuanya..

Amenn..

Terima Kasih sudi baca entri kali ini...

Wednesday, 9 March 2016

Cerita 1: Maklumat Diri Anda yang Perlu Dirahsiakan..

Assalammualaikum...

Ok, ape yang aku nak ceritakan hari ini adalah berkaitan dengan pengkalan data anda pada "google searching"..Dalam banyak2 entry aku dari tahun 2012 nih adalah first time aku kongsi berkenaan dengan kos yang aku ambik masa belajar degree dulu. fuhhh..entry nih akan panjang berjela..mungkin akan ada sambungan yang panjang berjela jugaklah ye..hihi..aku akan kongsikan ape yang aku baru saja alami dalam 2 hari lepas..sangat memberi pengajaran yang berharga kepada aku TERUTAMANYA..yelah kan, semua tue mengajar aku menjadi lebih dewasa..eyhhh, bukan sekarang aku dah dewasa kew???..siap dah ada anak semua kan..haha..ok2..maksud aku menjadi lebih beringat, lebih berhati2..

Dalam kemajuan yang sangat cepat sekarang, kadang2 akan berlaku sesuatu yang kita tidak jangka..huhu..skema punya ayat..hahaha..

Panjang benooo la intro kan (muka sengeh ckittt)..ok, straight to the point..krik...krik..krik..

* aku ceritakan dalam bentuk cerita la lebih mudah sebab aku xtau nak mulakan dr mne..haha

Suatu pagi yang indah..

Penatnya, gesus hatiku..haus campur lapar, panas terik mentari di penghujung usia bumi semakin terasa..ya Allah..aku bukan semakin muda..semakin mengejar tua..

Baru sahaja melabuhkan punggung, aku bersandar kepenatan di kerusi malas..mataku melilau memerhati kawan2 sesama department yang asyik membuat kerja..aku memejamkan mata sekejap, terasa mengantuk hadir menyengah..penat menjaga anakku yang tidak sihat semalaman juga kian terasa..

"kring..kring"..handphone ku berbunyi minta dijawab dari si pemanggil..tanpaku melihat siapa yang memanggil, laju tanganku menekan butang answer..

"Assalammualaikum..sape nih?" kata si pemanggil..mataku yang mengantuk tadi terasa segar sedikit..aku sedikit pelik, kenapa pemanggil bertanyakan siapa aku?? kalau tidak kenal siapa aku kenapa call aku ok..!!

"Siapa nie?"..tanyaku malas..

"Nie kat mane ya?"suara pemanggil lembut kedengaran..

"Aikk..kat mane??..who are you??"aku dah mula baran..ehhh..kepenatan kan, so aku mmg xde masa nak  lyn org yg men2 pagi2 nih..

"Tak..nih kat mane?"tanyanya lagiiii..OMG!!!aku dah hilang sabar..

"Awk salah no nih, dan saya xde mse nak lyn awk.."suaraku mula meninggi..

Aku tekan button off..mulutku mula mbebel..seminit berlalu..si pemanggil kembali call..aku off handphone..

Setengah jam aku off aku on kn kembali handphone..3 missed call from 01114xxxxxx..

Aku mula berang..aku click no fon tue, BLOCK THIS NUMBER..naaa..aman dunia..haha..

Bersambung di entry seterusnya..


Tuesday, 12 January 2016

Tulisan Kerinduan

Rasanya sudah lama aku tidak mencoret di laman kesayanganku ini..belum terlambat untukku mengucapkan Selamat Tahun Baru ‘2016’ buat semua..alhamdulillah, masih dipanjangkan usia untuk melewati hari - hari yang menjanjikan usia yang kian menjelang tua..

Ketika aku menulis coretan ini, Alhamdulillah syukur aku panjatkan kepada Allah kerana kebaikan dan kasih sayangnya kepadaku..kalau pembaca masih ingat, aku pernah jatuh suatu ketika dahulu..pada ketika itu dimana aku merasakak kehidupanku bakal berakhir, namun betullah..

“Allah tidak akan menguji hambaNya di luar kemampuan hambaNya untuk menghadapi”

Setelah sekian lama menanti, aku akhirnya ditawarkan kerja sebagai Pegawai Penyelidik di USM..walaupun hanya Kontrak, namun aku bersyukur..lebih membuatkan aku bersyukur apabila ditawarkan untuk menyambung pelajaran pada peringkat Sarjana pula..tidak henti - henti aku memanjatkan kesyukuran kepada Allah..ini rezeki dariNya untuk kami sekeluarga..

Seiring pertambahan usia Nabilah Azzahra anakku, kehidupan esok pasti menjanjikan sesuatu untuk kita..buatmu suamiku, terima kasih untuk segalanya..

Lupa untuk menceritakan kisah puteri sulungku, insyaAllah di lain entri ya..


Nabilah Azzahra Muhamad Najmi

Terima Kasih baca entri kali nih..



Wednesday, 29 July 2015

Selamat Hari Raya

Monday, 26 January 2015

Disaat Allah Menguji Kita

Bismillahirahmanirahim..

Hurmmm..tak tahu nak mulakan daripada mana, aku seorang yang tidak kuat pada mulanya bila diuji..namun bagiku, Allah itu maha mengetahui ape yang terbaik untuk kita..walau sehebat mane perancangan kita, namun bila Allah tidak redha..takkan terjadi juga..

Bagiku, manusia nih ada dua jenis..yang berpegang kepada janji dan yang tidak berpegang kepada janji..peristiwa yang menimpa aku baru2 nih adalah jenis manusia yang tidak berpegang kepada janji..sungguh aku tak sangka, seseorang yang aku percayai dan yakini mengkhianati tahap kepercayaanku kepadanya..fuhhhh..

Aku pada mulanya dijanjikan dengan pekerjaan yang menuju ke masa depanku..jawatan sementara yang dipegang sebelum ini insyaAllah akan beralih kepada kontrak..waaahhh..bukan main suka hatiku..tambahan pula sedang sarat mengandung..aku punya perancangan yang banyak untuk anakku yang bakal lahir..selalu aku berkata kepada anakku yang masih didalam perut..

"Ini mesti rezeki dan tuah yang anak mama bawakan untuk mama daripada Allah"

Betapa suka hatiku apabila aku dipanggil interview untuk jawatan "lecturer" yang aku sedang pegang sekarang..aku study bagai nak rak..huhu..pagi2 aku dah bangun semata2 nak buat persediaan sebelum interview..berkali2 aku gosok baju kurung yang baru siap dijahit semata2 nak berikan yang terbaik semasa interview berlangsung ini..namun Allah maha mengetahui, ape yang aku alami sebelum interview??? YA, aku dikejutkan dengan kehadiran seorang lagi calon lecturer bagi jawatan yang sama..aku terpinga2, eyh kalau memang dia mahu mengambil aku sebagai lecturer kenapa mesti ada orang lain yang hadir sama..??

Memang betul sudah tanggapanku daripada mula, memang ada maksud tersirat dengan kehadiran calon kedua untuk jawatan yang sama..ya Allah..hatiku menjadi remuk rendam..cehhh..umpama lagu..aku menangis hampir seminggu..mengenang nasib diri..setiap malam aku merintih, berdoa dan terus berdoa semoga Allah mendengar rintihan hambanya yang teraniaya..

"Allah dengar doa orang yang dianiaya, Allah akan cepat makbulkan" ujar suamiku..dia banyak memberiku semangat..berkongsi airmata denganku..

Kehidupan kami berdua seterusnya berubah 100%, kasihan suamiku..semua beban dia tanggung sendiri..semoga Allah merahmati hidupmu suami..

Buat mereka yang menganiaya diriku..

"INGATLAH, ALLAH ITU MAHA ADIL..KALAU BUKAN SEKARANG, MUNGKIN SATU HARI NANTI..KAMU AKAN TAHU, ALLAH ITU TAKKAN PERNAH LUPA APA YANG KAMU KERJAKAN.."

Demi Allah, hatiku sakit dan kecewa..semoga Allah akan memberikan balasan setimpalnya dengan ape yang kamu lakukan terhadap diriku...


Friday, 3 October 2014

Kisah 3 : Kad Merah



Bismillahirahmanirahim..

Ok..sambung entry yang sebelum nih..gambar sebelah tue tiada kaitan langsung ya..hihi..aku tampal je kat situ sebab comey je..aku belum start lagi shopping barang baby..tunggu nanti, masih awal usia kandunganku..fine, jangan melencong ke arah lain..fokus kepada tajuk..aku memang tak suka menunggu..rimasss..ditambah dengan suasana yang memang tak selesa..masa aku tunggu sementara nak jumpa nurse, tempat duduk takde..so, terpaksalah aku berdiri..azabnyeee..ase nak patah pinggang..bayangkan, aku terpaksa berdiri 3 jam lebih..punyerrr la ramai orang tunggu giliran..last sekali aku masuk bilik tempat orang menyusu..saje nak lepaskan ase lenguh kaki..

Dalam tue la aku jumpe sorang kakak nih..die tengah menyusukan anaknya..banyak jugak la ilmu yang aku dapat sementara menunggu giliran aku dipanggil..suasana menjadi kelam kabut seketika apabila ada beberapa orang kanak - kanak berebut mainan yang klinik sediakan..haru biru jadinya..bayangkan suara tangisan mereka memcah keheningan..hahaha..

Melihat kejadian tersebut, hatiku digamit kelucuan..sungguh indah zaman kanak - kanak..bila menangis, semua akan sibuk menenangkan..bayangkan, kalau aku yang menangis begitu..mahu jadi viral 1 Malaysia agaknya..

Menjadi satu pengajaran jugak bagiku, melihat ibu yang tengah sarat datang ke klinik untuk pemeriksaan terpaksa membawa anak kerana tiada siapa yang menjaga di rumah..bayangkan, anaknya yang tengah taksub meneroka keseronokan dunia tue melompat ke sana sini, mahunya menyusahkan si ibu.. kesiannya..nasihatku, wahai kaum ayah di luar sana..kasihan la kepada isterimu..apa salahnya mengambil cuti setengah hari atau sehari untuk menemani isterimu..bukankah itu kerja mulia,,kasihan isterimu..mengandung bukan perkara mudah ya..


Bersambung di lain entry..